cctv

Tuesday, 12 November 2013

Jom belajar bahasa Sabah

        


        Entry kali ni aku ingin kongsikan pada anda semua mengenai loghat Sabah.Dulu aku pernah menatap di sana selama 5 tahun di Tawau.Aku menetap di sana pun sebab ayah aku ditugaskan menjaga perairan di Semporna.Maklumlah ayah aku ni anggota Pasukan Polis Hutan(PPH) sekarang ni dipanggil Pasukan Gerakan Am(PGA).Seronok di Sabah ni.Kalau korang nak tahu dekat sabah ni terdapat pelbagai jenis budaya dan etnik malah pelbagai jenis makanan.

          Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.
Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh variasi bahasa Melayu dari Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu Brunei, serta Bahasa Kadazan-dusun, bahasa-bahasa Filipina seperti Bahasa Suluk dan bahasa Bajau.

          Okay..tak nak cakap banyak..haha..Jom lihat di bawah..



  • aisbok - peti sejuk
  • akun - menyerah, setuju
  • asuk - rancap, lancap
  • hampus - lelah, asma
  • bantut - pondan/ mak nyah
  • bahai - beg plastik
  • bas - van
  • bilang - cakap, berkata - > Siapa bilang?
  • bos - bapa ('bos' digunakan secara meluas sebagai panggilan, contohnya: 'Hello bos' bermaksud 'Hello kawan/ encik, saudara'
  • celana - seluar
  • cewek - awek, teman wanita
  • cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
  • diorang/dorang - mereka
  • epol - epal
  • gerobak - kereta sorong
  • jambu - jelita
  • jamban ( jarang digunakan ) - "tandas"
  • jepit - kepit, sepit
  • jerak - serik
  • kapayas - buah betik
  • karan - elektrik - mati karan = blackout, terputus bekalan elektrik
  • kasi tau - beritahu
  • kelmarin - semalam
  • kelmarin dulu - kelmarin, kelmarin dulu (dialek Pantai Timur)
  • lilipan - lipan
  • limpang - baring
  • limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang), tumpang lalu
  • lugai-lugai - tak tentu arah
  • mangkali - barangkali
  • mem - ibu
  • miring - "senget"
  • ndak/indak - tidak
  • ngam - sesuai
  • ngam-ngam(1) - cukup-cukup
  • ngam-ngam(2) - kebetulan
  • palui - bodoh
  • pancut - pancit
  • poncit - pancit
  • sapi - lembu
  • semalam - malam tadi
  • semberana - sengaja
  • sia - saya, dia (bahasa Suluk)
  • sikang - sudu
  • sikul/skul - sekolah
  • silaka/cilaka - Celaka
  • simpan - letak. Contoh: Ambil barang itu simpan sini (=letak di sini)
  • siring - tepi
  • siuk/siok - syok (bahasa percakapan), seronok
  • sot - gila ('Sot' sebenarnya mempunyai maksud yang agak mendalam. 'Sot' pada awalnya digunakan untuk benda-benda elektrik sofistikated yang rosak. Seperti- maksudnya 'Komputer saya ada yang tak kena / rosak'.) Komputer sia sot
  • aku - saya
  • kau/ko - awak
  • periuk - kuali
  • celana - seluar
  • piring - pinggan
  • mengarti (mengerti) - faham
  • Nda payah - tak perlu
  • tia payah - tidak/tak payah
  • Tia tau - Tidak/tak tahu
  • ta'usah (tak usah) - jangan
  • munyit (monyet) - kera
  • minta puji - berlagak (sombong)
  • jandila/jinjila (jendela) - tingkap
  • tapuk - sorok
  • bangas-basi
  • bertagar-berkarat
  • bida-buruk
  • bilang-cakap/bercakap
  • bubut-kejar
  • buyuk-tipu atau kelentong
  • garit-calar
  • kasi-bagi/beri
  • keroyok-pukul/belasah
  • palui-bodoh
  • ping-minuman sejuk yang ditambah ais
  • pistak-seluar dalam
  • sandi-teruk
  • sigup-rokok
  • siring-tepi
  • sungkai-buka puasa



Penggunaan kata tambah -bah
   


Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
 
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
  • Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
  • Bah. - Baiklah
Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

 

    
Selamat mempelajari...Sekian.....

No comments: