cctv

Thursday, 14 November 2013

Hiking Bukit Broga

     Post kali ini mengenai aktiviti aku bersama rakan-rakan mendaki Bukit Broga sebulan lebih yang lalu.Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih,Selangor sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.Kalau korang semua nak tau Bukit Broga menjadi tumpuan orang ramai  terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.Selalunya tempat ni sesak pada hari minggu.Jika korang nak tengok pemandangan matahari terbit seeloknya korang mendaki pada jam 5.00 pagi.Sebelum nak mendaki tu pastikan ambil sarapan.Tapi kalau sarapan tu jangan tak ingat dunia pulak..haha..Takut termuntah pulak time mendaki tu.Cuma sekadar alas perut sahaja.Dan jangan lupa pulak pakai kasut,seeloknya tapak kasut yang mencengkam dan tidak haus.Menyesal aku time mendaki hari tu pkai selipar, urm memang menyusahkan lah.

     Sebelum nak bertolak tu pastikan korang streaching or buat regangan otot,nanti tak ada lah otot kejang time mendaki nanti.Aku sarankan time mendaki tu jangan pakai sweater.Perggghhhh mau basah lencun sweater aku di buatnya.Hari tu kitorang mendaki tak silap pukul 4.30 pagi rasanya dan sampai ke puncak dalam pukul 5.30.


     Okay,aku nak pesan.Sebelum nak mendaki tu pastikan baca bismillah dan doa sebelum melangkah.Jangan lupa banyakkan berzikir dan jangan terlampau ingker bak kata orang perak lah yang membawa maksud jangan terlampau melebih or over excited.Ingat!!bukan kita saja yang ada disitu.Maybe ada makhluk allah yang lain.So beringat.hehe..Hope enjoy kalau korang nak mendaki bukit tu nanti..


     Picture dekat bawah ni antara gambar yang diambil time kitorang mendaki haritu..




Pada ketinggian 400 meter dan merupakan puncak Bukit Broga...



Tasha.Syida n Wanie..



Hahaha..memang hardcore aku pakai selipar..






 


  

No comments: