cctv

Wednesday, 17 September 2014

SPSHOPS (SHARE PROFIT SHOP) Bisnes Online termurah di pasaran





   Assalamualaikum..

(1) -SPHOPS atau ringkasnya Share Profit Shops adalah satu platform laman sosial online yang berkonsep Beli, Jimat, Beriklan dan DAPAT DUIT berteraskan konsep Affiliate Marketing.Kepada mereka yang berminat mempromosikan laman web ini tidak kira samada anda adalah Reseller,Merchant atau cuma sebagai Customer.Bonus atau komisyen boleh dikeluarkan terus ke akaun bank tempatan ( 80% untuk pengeluaran dan 20% untuk shopping produk dan ahli akan mendapat unit tambahan re-entries yang membuatkan sistem Matrix Compress Foced terus berjalan non-stop.Sistem bergiliran upline menjadi downline ini berpotensi membuat semua ahli mendapat perkongsian untung di SPShops ).Programming ini didaftarkan secara sah dengan ROC di Malaysia atas nama SP International Sdn Bhd yang beribu pejabat di Cyberjaya.CEO SPShops Encik Adnan menjelaskan semasa ditemui bahawa pihaknya kini dalam peringkat melakukan pengiraan " kadar tukaran mata wang " untuk penetapan sebagai persediaan melebarkan SPShops ke luar negara dan ini akan didahului dengan negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand.Berikut gambar diatas adalah Web Iklan SPShops.



Dengan bermodalkan RM10 anda berpotensi untuk mendapat keuntungan sebanyak RM1K.Jika anda join bisnes web iklan SPShop ini anda boleh memilih sama ada goyang kaki(4D Duduk Diam Dapat Duit) atau mencari orang bawah(Downline)






2 Cara Buat Duit Di Spshops .
1 * Duk Diam Dapat Duit Dari Marketing Plan Forced Matrix
Masuknya Rm Dtgnye Dr Limpahan Tajaan Company Dn Ahli2 Terawal .
Pakej Rm10 Duduk Diam Dpt Rm1k
Pakej Rm50 Duduk Diam Dpt Rm3k
Pakej Rm100 Duduk Diam Dpt Rm5k
FULL PAKEJ Rm 160 Duduk Diam Dpt Rm9k

P/s - Kelebihan FULL PAKEJ Rm160...Bagaikan Ada 3 Perangkap Duit d Plan Forced Matrix, Ianya Akan Membantu Income Duduk Diam Laju Masyukkk..

2 * PLAN MENAJA (UNILEVEL) (Cari orang bawah)
Utk Yg Nak Cepat Dapat Duit
Join Pakej Rm10 Menaja Pakej Rm10 Dapat Rm5 +9 Level Pergerakkan Rakan2 Spshops
Join Pakej Rm50+Rm10 Menaja Pakej Rm50 Dapat Rm25+Rm5 + 20 Level Pergerakkan Rakan2 Spshops
Join Full Pakej Rm160 Menaja Pakej Rm160 Dapat rm80 + 20 Level Pergerakkan Rakan2 Spshops
Setiap Pakej Boleh , Di Upgrade Step By Step...

Untuk keterangan lebih lanjut WhatsApp 0133741163




Thursday, 14 November 2013

Hiking Bukit Broga

     Post kali ini mengenai aktiviti aku bersama rakan-rakan mendaki Bukit Broga sebulan lebih yang lalu.Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih,Selangor sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.Kalau korang semua nak tau Bukit Broga menjadi tumpuan orang ramai  terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.Selalunya tempat ni sesak pada hari minggu.Jika korang nak tengok pemandangan matahari terbit seeloknya korang mendaki pada jam 5.00 pagi.Sebelum nak mendaki tu pastikan ambil sarapan.Tapi kalau sarapan tu jangan tak ingat dunia pulak..haha..Takut termuntah pulak time mendaki tu.Cuma sekadar alas perut sahaja.Dan jangan lupa pulak pakai kasut,seeloknya tapak kasut yang mencengkam dan tidak haus.Menyesal aku time mendaki hari tu pkai selipar, urm memang menyusahkan lah.

     Sebelum nak bertolak tu pastikan korang streaching or buat regangan otot,nanti tak ada lah otot kejang time mendaki nanti.Aku sarankan time mendaki tu jangan pakai sweater.Perggghhhh mau basah lencun sweater aku di buatnya.Hari tu kitorang mendaki tak silap pukul 4.30 pagi rasanya dan sampai ke puncak dalam pukul 5.30.


     Okay,aku nak pesan.Sebelum nak mendaki tu pastikan baca bismillah dan doa sebelum melangkah.Jangan lupa banyakkan berzikir dan jangan terlampau ingker bak kata orang perak lah yang membawa maksud jangan terlampau melebih or over excited.Ingat!!bukan kita saja yang ada disitu.Maybe ada makhluk allah yang lain.So beringat.hehe..Hope enjoy kalau korang nak mendaki bukit tu nanti..


     Picture dekat bawah ni antara gambar yang diambil time kitorang mendaki haritu..




Pada ketinggian 400 meter dan merupakan puncak Bukit Broga...



Tasha.Syida n Wanie..



Hahaha..memang hardcore aku pakai selipar..






 


  

Tuesday, 12 November 2013

Jom belajar bahasa Sabah

        


        Entry kali ni aku ingin kongsikan pada anda semua mengenai loghat Sabah.Dulu aku pernah menatap di sana selama 5 tahun di Tawau.Aku menetap di sana pun sebab ayah aku ditugaskan menjaga perairan di Semporna.Maklumlah ayah aku ni anggota Pasukan Polis Hutan(PPH) sekarang ni dipanggil Pasukan Gerakan Am(PGA).Seronok di Sabah ni.Kalau korang nak tahu dekat sabah ni terdapat pelbagai jenis budaya dan etnik malah pelbagai jenis makanan.

          Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian.
Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh variasi bahasa Melayu dari Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu Brunei, serta Bahasa Kadazan-dusun, bahasa-bahasa Filipina seperti Bahasa Suluk dan bahasa Bajau.

          Okay..tak nak cakap banyak..haha..Jom lihat di bawah..



  • aisbok - peti sejuk
  • akun - menyerah, setuju
  • asuk - rancap, lancap
  • hampus - lelah, asma
  • bantut - pondan/ mak nyah
  • bahai - beg plastik
  • bas - van
  • bilang - cakap, berkata - > Siapa bilang?
  • bos - bapa ('bos' digunakan secara meluas sebagai panggilan, contohnya: 'Hello bos' bermaksud 'Hello kawan/ encik, saudara'
  • celana - seluar
  • cewek - awek, teman wanita
  • cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
  • diorang/dorang - mereka
  • epol - epal
  • gerobak - kereta sorong
  • jambu - jelita
  • jamban ( jarang digunakan ) - "tandas"
  • jepit - kepit, sepit
  • jerak - serik
  • kapayas - buah betik
  • karan - elektrik - mati karan = blackout, terputus bekalan elektrik
  • kasi tau - beritahu
  • kelmarin - semalam
  • kelmarin dulu - kelmarin, kelmarin dulu (dialek Pantai Timur)
  • lilipan - lipan
  • limpang - baring
  • limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang), tumpang lalu
  • lugai-lugai - tak tentu arah
  • mangkali - barangkali
  • mem - ibu
  • miring - "senget"
  • ndak/indak - tidak
  • ngam - sesuai
  • ngam-ngam(1) - cukup-cukup
  • ngam-ngam(2) - kebetulan
  • palui - bodoh
  • pancut - pancit
  • poncit - pancit
  • sapi - lembu
  • semalam - malam tadi
  • semberana - sengaja
  • sia - saya, dia (bahasa Suluk)
  • sikang - sudu
  • sikul/skul - sekolah
  • silaka/cilaka - Celaka
  • simpan - letak. Contoh: Ambil barang itu simpan sini (=letak di sini)
  • siring - tepi
  • siuk/siok - syok (bahasa percakapan), seronok
  • sot - gila ('Sot' sebenarnya mempunyai maksud yang agak mendalam. 'Sot' pada awalnya digunakan untuk benda-benda elektrik sofistikated yang rosak. Seperti- maksudnya 'Komputer saya ada yang tak kena / rosak'.) Komputer sia sot
  • aku - saya
  • kau/ko - awak
  • periuk - kuali
  • celana - seluar
  • piring - pinggan
  • mengarti (mengerti) - faham
  • Nda payah - tak perlu
  • tia payah - tidak/tak payah
  • Tia tau - Tidak/tak tahu
  • ta'usah (tak usah) - jangan
  • munyit (monyet) - kera
  • minta puji - berlagak (sombong)
  • jandila/jinjila (jendela) - tingkap
  • tapuk - sorok
  • bangas-basi
  • bertagar-berkarat
  • bida-buruk
  • bilang-cakap/bercakap
  • bubut-kejar
  • buyuk-tipu atau kelentong
  • garit-calar
  • kasi-bagi/beri
  • keroyok-pukul/belasah
  • palui-bodoh
  • ping-minuman sejuk yang ditambah ais
  • pistak-seluar dalam
  • sandi-teruk
  • sigup-rokok
  • siring-tepi
  • sungkai-buka puasa



Penggunaan kata tambah -bah
   


Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
 
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
  • Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
  • Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.
Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
  • Bah. - Baiklah
Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

 

    
Selamat mempelajari...Sekian.....

Tuesday, 9 April 2013

My Experience at Kem Indera Pahlawan

  Assalamulaikum ^_^!!..okay,semenjak aku pergi PLKN ni dah 3 bulan aku tak update blog..haha..sampai nak edit blog pun aku dah lupa..@_@!!..hehe..Di sini aku ingin menceritakan pengalaman yang telah aku lalui sepanjang latihan khidmat negara yg bertempat di kem PLKN Indera Pahlawan,Maran,Pahang.^_^..




     Bermulanya 3 januari 2013 aku telah melaporkan diri di kem indera pahlawan..time ni series aku cakap memang hari yang aku paling menyampah,mana tak nya sampai kena beratur dan menunggu berjam-jam,lepas tu plak dengan ulang alik pergi logistik yg jauh tu semata-mata nak tukar pakaian dgan kasut,iyelaa ada dpat size kasut kecik,seluar besar,baju besar dan macam2 lagilah...hoho..Firstday tu rasa macam tak biasa jgaklaaa..tapi bila dah dapat kawan..hahaha..macam2 perangai ada...>_<!!..Rutin harian aku kat sana pulak tiap2 pagi ad Physical Training(PT) dan roll call malam tiap2 hari yg buat aku sampai muaklaaa..hahaha..tpi tulahh,bila dah tamat latihan rasa rindu plak suasana tu..teringat pulak dkat kawan2 di sana yang aku anggap macam adik beradik aku sendiri..macam2 kenangan yang kitorang lalui sama ada manis,pahit,masam dan mcam2 lagilah perasa..hahaha..Yang aku paling tak boleh lupa kitorang kene denda pakai full loreng tiap2 malam gara2 dorm delta paling terbersih..haha bersihlaaaaa sangatkan :-P..hehe..kalau nak tau kompeni kitorang lah yang paling top dengan masalah disiplin antaranya selalu datang lewat untuk berkumpul..teruk2 kompeni kitorang pun..macam2 anugerah yang kitorang dapat..hehe..


Ni lah dia 3 sahabat..hehe..yang pegang smpai 2 phone tu haffiz@Apiz dan yang tengah garu kepala tu plak Azfar..haha...diorang ni dari kompeni Alpha..Ada ke patut diorang kata aku ni hotstuff,muka bajet macho dan sebagainyalah..haha apa pun tak boleh..Tak taulah macam mana kitaorang boleh rapat...Persahabatan kitaorang bermula daripda kelas Character Building(cb3)..Dalam kelas tu asyik muka 3 orang ni laa muka yg sama jee dalam group tu walaupun banyak kali dipecahkan..haha...Dari situlah kitaorang mula rapat..apa yang aku perasan si Apiz ni,dia suka ambik gambar dan snap gambar dia sorang2.lagi satu pasal si apiz dia ni seorang yang pelik.hahaha...yang azfar ni plak pemalu juga orangnya,tapi bila berucap macam Perdana Menteri..haha.;-P


Pemandangan di Kem Indera Pahlawan...


Di sinilah tempat aku berehat..



Ni plak picture time pertandingan nasyid sempena maulidur rasul..Dalam pertandingan nasyid ni kompeni kitorang telah mendapat johan..^_^!!


Wira Delta K1 S10





Sports Day at Indera Pahlawan..



Ni masa kempen derma darah..




Persembahan TETAK(Tempur Tangan Kosong) daripada anak gayong(PSSGM) sempena majlis penutup..



Lawatan Komuniti di Kuala Gandah..



With ustaz Syafiq...


With Cikgu Azman(komando),Ustaz syafiq..



Majlis Penutup..

Monday, 3 December 2012

Moh le kite belajo loghat perak

Assalamualaikum......

     Kali ini aku ingin mengongsikan kepada anda semua dan mempelajari loghat perak..secara asalnya ak dilahirkan di perak dan ayah ngan ibu aku pun berasal dripda perak..hahaha..tpi aku xpandai sgatla cakap perak ni just sikit2 je...ok jom kita lihat kt bawah ni...


wok,teman=saya
megholoh=tidur
tumpor=mati
bojot=basah
gebor=selimut
ngobak=menangis
nyongket=suka merayau
guling-pering=berhempas pulas
kelemayor=air mata berlinang
yor-ngat=air panas(kopi,milo)
goyor=binaan tak kukuh@badan terhuyung=hayang
ate = habis tu
deme = diorang
kome = kamu semua
mike (sebutan 'mee' - ke pd 'kerja'= awak
teman = saya
lebuh = hilang
contoh ayat = makanan atas meja tu dah lebuh dibawak dek kucen...(makanan atas meja tu dah hilang dilarikan kucing)

baruh = tebing (not sure...but i think this word ada dlm kamus dewan...)

tawo besho = tawar yg teramat (org perak tgh slalu guna...)

ngeleyor = gatai merenyam
tenggek ayor = jerang air
jangan kome ingkE bebenor = amaran org2 tua supaya kita tak terlalu gembira(over kelakuan)
terghoyak = menangis
hakap = tamak (biasanya kalu berkaitan makanan)
biasanya mak cakap: ate, kome jgn hakap bebeno ambik makanan tu, nanti tak abis....
besa = bersahur (mak cakap: tido awal, esok nak bangun besa)
banyak lagi tapi malas nak pikir, sebab nyer bila ckp je, terus tau sendiri dr pikir2 nie.

ate= penyedap ayat
kome = kamu semua
keme = saya
kume = saya
ayE = saya (biasanya org tua yg sebut)
deme = korang semua
yong/yeop = gelaran anak sulung dalam keluarga
mak chor/pak chor = gelaran tuk maksedara yg sulung
kalu nama org Abdul jadi bedol...hehehe..
ngobek=selongkar
nyonggoh=mengangkang
ayo=air
nyongket=berjalan
jeboh=muka tembam
nohin=buat xtau
tengoh laman=duduk di tgh umah/duduk ditmpat org lalu lalang
teroyok/ngobok=menangis
nyucor=menyiram
penyegan=malas
mete=kaku
nyerongin=tersengih-sengih(senyum)

mandang=tak ada

tengin=haha ni maksudnya bod#@..paham2 je la kan..

begik/biut=degil

moncah=kaya/mewah

haram ngombin-tak bergerak

meroloh-tido

raban teben-selekeh

labun-cakap

toben-tua bangka

incit=pergi

getak=jatuh

gebor-selimut

mengelewor-bengkak-bengkok

tereban-buang

berselogho-bergurau

ingka beno-terlampau seronok(over acting)
tereban-campak
ngelong-tayar yg bengkok
bantei-bantal
gulai-guley
canu-pengotor
nohin-x ambil peduli
kucei-mengaul

Okay itu saja yang aku tau...semoga anda dpat mengetahui serba sedikit loghat perak ni..